Homepage Slideshow
6.jpg
5.jpg
4.jpg
2.jpg
3.jpg
10.jpg
7.jpg
9.jpg
8.jpg
11.jpg
Pusat Sumber Pendidikan MRSM Kubang Pasu ini ditubuhkan secara umumnya sebagai tempat untuk menempatkan bahan-bahan pembelajaran samada dalam bentuk bercetak atau tidak bercetak kepada komuniti MRSM Kubang Pasu, terutamanya pelajar. Pusat Sumber Pendidikan MRSM Kubang Pasu ditempatkan ditingkat satu bangunan pentadbiran dan ianya mula dibuka kepada pelajar pada bulan Jun 2007.
Pusat Sumber Pendidikan (PSP) adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara teratur dab sistematis.Selain itu, Pusat Sumber Pendidikan menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu,gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat PSP juga menyediakan pelbagai kemudahan teknologi seperti penggunaan komputer seiring dengan hasrat dan seruan kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan rakyat dalam bidang teknologi.
FUNGSI
· Bertanggungjawab untuk membina koleksi PSP yang lengkap untuk menyokong proses pembelajaran pelajar dan pengguna PSP
· Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum.
· Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
· Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
· Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
· Menjadi pusat pengumpulan bahan yang berkaitan pendidikan dan lain-lain.
FALSAFAH
Membina, memupuk dan membudayakan sebuah komuniti yang cintakan ilmu pengetahuan serta menjadikan tabiat membaca sebagai satu tradisi yang diamalkan sepanjang hayat.
MATLAMAT
Menjadikan pusat sumber pembelajaran MRSM Kubang Pasu sebagai sebuah unit yang membantu dalam kecemerlangan akademik serta pembangunan modal insan dikalangan komuniti maktab seiring dengan misi maktab.
WAWASAN
“Untuk menjadi sebuah pusat sumber yang cemerlang di antara semua pusat sumber sekolah di negara ini dimana segala maklumat dan bahan berkaitan dapat disediakan dan diberikan melalui pelbagai media kepada seluruh komuniti maktab”.
Moto Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu adalah:
“Keintelektualan anda bermula disini”
Moto ini dipilih bersesuaian dengan visi MRSM Kubang Pasu sendiri iaitu; “Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia”. Moto ini juga mencerminkan bahawa PSP adalah salah satu unit yang bertanggungjawab merealisasikan impian maktab untuk mencapai matlamat kecemerlangan yang tertinggi.
Selain itu, moto ini juga bertujuan menarik perhatian pelajar untuk menjadikan pusat sumber pelajaran ini sebagai tempat untuk mencari ilmu pengetahuan dan menggunakan pusat sumber ini sepenuhnya dalam membantu mereka dalam proses pembelajaran.